| Gambaran pengenalan Photoshop versi CS5.1 |
Assalammualaikum dan salam sejahtera bagi pengunjung-pengunjung blog ini. Tujuan saya memperkenalkan blog ini adalah untuk berkongsi tips-tips dan teknik-teknik menggunakan Adobe Photoshop. Di harap penglaman saya sepanjang menggunakan Adobe Photoshop dari versi 6.0 sehingga CS5.1 dapat membantu anda. Sebahagian daripada teknik-teknik ini mungkin tidak akan anda pelajari di Universiti mahupun di Kolej.
Lain orang lain pandangan dan bagi saya setiap peringkat versi Photoshop lebih tertumpu kepada jenis Filter dan Engine yang berlainan. Sebagai seorang pereka grafik sambilan yang jarang menggunkan 'Filter' dan 'Effect' saya mendapati CS5 dan ke atas struktur engine nya lebih pantas berbanding dengan CS versi yang lain.
Secara jujurnya setiap pengguna Adobe Photoshop mempunyai tahap keselesaan tersendiri yang mana ada yang lebih suka menggunakan 'Filter' mahupun 'Effect' sepenuhnya dan sebahagiannya pula hanya tidak menggunakan 'Hand Tools' sepenuhnya.
Harap maklum di sebabkan saya mempunyai pekerjaan tetap yang perlu di beri masa yang lebih maka saya mungkin akan memperkenalkan teknik-teknik dan tips di blog ini secara berperingkat-peringkat. Terus 'Follow' blog ini untuk mendapatkan teknik yang terkini daripada saya.
No comments:
Post a Comment